Blogger Templates

Saturday 14 July 2012

Perkara yang membatalkan solat



Adik2, solat adik2 sah ke tak? ade tak perkara2 yang adik lakukan semasa solat yang tanpa adik2 sedari ia telah membatalkan solat adik?..


ha..di sini,ustazah akan senaraikan  contoh2 perkara yang membatalkan solat kite..
Jom kite lihat ye dan renung semula solat adik2..ok..:)



Persediaan sebelum solat


  1. Berwuduk dengan sempurna
  2. Memakai pakaian yang bersih
  3. Melakukan solat di tempat yang bersih
  4. Menunaikan solat pada awal waktu
  5. melakukan rukun-rukun solat dengan sempurna
  6. Membaca ayat-ayat dalam solat dengan betul.

Mari ustazah nk uji tahap pengetahuan adik2...
di bawah ni ustazah sediakan soalan..Jom kite jwb same2 ye..:)



Tuesday 10 July 2012

Doa Qunut dan Terjemahannya



adik2 tahu tak baca doa qunut? kalau xtahu,ape kate kite same2 tengok bacaan qunut kat video di bawah ni...
semoga terhibur ya..:)



apa itu doa Qunut, adik2?
ok,doa Qunut ni ialah doa yang dibaca selepas iktidal pada rakaat kedua ketika solat subuh..:)
Dibawah ni,ustazah sediakan khas untuk adik2 ustazah,bacaan doa Qunut berserta terjemahannya..

Thursday 5 July 2012

Mari mengenal hukum

Dalam islam ada 5 hukum..

  • wajib
  • harus
  • sunat
  • makruh
  • haram

  1. Wajib - Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya berdosa.

contoh perkara wajib ialah:

Solat Fardu, Berpuasa di bulan Ramadhan, Berzakat, Menutup aurat.

2.  HARUS - Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.

contoh perkara harus ialah:

Tidur , Makan, Ketawa

   3.  SUNAT - Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa.

contoh perkara sunat ialah:
Senyum, Memberi salam, Ibadat Korban, Menggosok Gigi.



   4.  MAKRUH - Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya dapat pahala.

contoh perkara makruh ialah:



     5.  HARAM - Melakukannya berdosa, meninggalkannya dapat pahala.

contoh perkara haram ialah:
Mencuri, Berjudi, Minum Arak
ok,selesai bab hukum..sekarang ustazah nak uji minda adik2 dengan menjawab soalan yang ustazah sediakan di bawah ni..:)


Monday 18 June 2012

Beriman kepada Hari Akhirat


Apa yang dimaksudkan Hari Akhirat?


~ Hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya kiamat.~

Hukum mempercayai hari akhirat ialah WAJIB

Macammna kita nk beriman dengan Hari Akhirat ni?

  •  Kita wajib beriman adanya hari akhirat.
  • Kita hendaklah percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan musnah.

Sebab apa Hari Akhirat berlaku?



  1. kerana alam ini tidak kekal dan akan musnah
  2. kerana tanda keadilan allah.
  3. kerana pembalasan di duni ni terbatas..



p/s: Manusia di dunia ni akan dihidupkan semula di alam akhirat untuk menerima pembalasan seadil-adilnya...:)




Latihan dibawah ni, jawab ye adik2 sayang..:)



Saturday 16 June 2012

Beriman kepada Kitab


Kita haruslah menyakini bahawa:


  1. Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada Rasul2NYA.
  2. KItab-kitab Allah ini ialah wahyu yang menjadi panduan manusia.
  3. Kitab=kitab ini mengandungi peraturan hidup yang sebenar.

Kenape manusia memerlukan al-Quran ni?


  1. Manusia memerlukannya sebagai panduan hidup yang sempurna.
  2. Manusia mempunyai kelemahan.

Apa kelebihan al-Quran ni ye?



  • Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Allah memelihara al-Quran daripada sebarang penyelewengan sehingga hari kiamat.
  • Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.
  • Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.

Apakah tujuan al-Quran ini diturunkan??


  • sbg mukjizat yang diturunkan kebenaran Rasulullah SAW.
  • sbg petunjuk & panduan serta peraturan dalam seluruh kehidupan manusia.
  • utk diamalkan (dibaca&dihafaz) yang diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Ni antara kitab-kitab lain yang diturunkan kepada rasul2NYA...


Kitab
Rasul
Injil
Nabi Isa
Zabur
Nabi Daud
Taurat
Nabi Musa
Al-Quran
Nabi Muhammad SAW





p/s: ingat ye adik2, beriman kepada kitab ini wajib bagi kita yang bergelar Islam...:)




dibawah nie,ustzah sediakan latihan untuk adik..jawab yer...:)



Friday 15 June 2012

Pengenalan

Assalamualaikum untuk semua..saya ustazah huda..Ustazah ni pelajar dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)..Jurusan Perguruan Pendidikan Islam semester 4..ini tugasan yang diberi untuk ustazah siapkan bagi subjek Teknologi Pendidikan 2.Sedikit sebanyak ilmu yang ustazah postkan dptlah adik2 ambik pengajaran darinya,ok..:)

Doa Belajar...:)



sebelum kite belajar, ape kate kite bace doa dulu..:)
Semoga Allah merahmati pembelajaran kite ye..
Jom sama2 kite bace doa..:)